Mereka bermesyuarat di dalam kandang itu dengan kelihatan Seekor buaya tembaga jantan yang bernama Bujang Lang, sepanjang hampir lima meter dan berumur 44 tahun berdekatan dengan mereka.
Kebiasaannya kandang reptilia ganas itu menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat aksi pengendali buaya membuat persembahan bersama Bujang Lang, namun hari ini kandang tersebut digunakan untuk mesyuarat.
Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir mempengerusikan mesyuarat hampir 20 minit, bersama tiga ahli jawatankuasa persatuan termasuk Pengurus Besar Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd pengendali Crocodile Adventureland Langkawi Adam Fuaad, dan diperhatikan pengendali buaya terlatih.