Baucar buku RM200 untuk mahasiswa Selangor minggu depan

Kuala Lumpur, Nov 6.
Kerajaan Selangor akan memberikan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata ia merupakan perkara terakhir daripada lima tawaran yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari pada PRN Selangor.

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah pun melaksanakan empat perkara iaitu insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal dan siak serta insentif pertanian sebanyak RM1,000.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia siri ketiga yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Gombak di sini hari ini.

Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor memberi jaminan melaksanakan lima perkara yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari jika diberikan mandat dalam PRN Selangor pada 12 Ogos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here