Elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu

Kuala Lumpur, Dis-
Rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Tamil Nadu, India, dinasihatkan agar mempertimbangkan semula rancangan mereka dan mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu berikutan situasi cuaca terkini yang disebabkan oleh Taufan Fengal, yang perlahan-lahan bergerak ke arah daratan bersama kesan susulannya.

Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, melalui nasihat perjalanan yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggesa pelancong khususnya yang menuju ke kawasan Villupuram dan Tiruvannamalai, supaya mengambil langkah berjaga-jaga sehingga keadaan kembali stabil.
“Beberapa kawasan di daerah itu terjejas akibat tanah runtuh dan hujan lebat dan pihak berkuasa tempatan kini sedang menjalankan usaha menyelamat dan pemulihan.

“Kami menasihatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memberikan kerjasama terhadap operasi bantuan yang sedang dijalankan. Keselamatan anda adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai atau melalui e-mel di [email protected].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here