Mandi 10 Jam Sehari

Bangalore –

Seorang lelaki jumpa dengan seorang doktor dengan masalah ganjil. Lelaki itu memberitahu doktor dia mempunyai masalah mandi hampir 10 jam sehari.

Masalah pelik itu telah mengancam rumahtangganya sehingga isterinya telah bercerai daripadanya. Selain dari itu, ibu lelaki itu pula mengalami kemurungan atas sebab anak lelakinya itu.

Lelaki itu berkerja sebagai juru teknik. Pakar mendapati masalah yang dialami lelaki itu adalah sejenis masalah mental. Iaitu, sering mengulangi benda yang sama juga. Doktor berkata kadangkala orang yang mempunyai masalah sebegini cuba membunuh diri pula.

Lelaki itu dikatakan bangun pukul 3 pagi dan mula mandi. Sampai pukul 6 pagi dia terus mandi.Selepas balik dari kerja pula dia mula mandi balik . Dia mandi tanpa berhenti sehingga 4 jam. Ia menjadikan dia mandi sekurang-kurangnya 10 jam sehari.

Setelah isterinya berpisah, emak jatuh sakit barulah lelaki itu sedar dia menghidap sesuatu penyakit yang ganjil, sekarang dia cuba mendapatkan perubatan untuk sembuh.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here