Bangunan Baharu Parlimen Mula Beroperasi Mac Ini

KUALA LUMPUR –
Bangunan Parlimen Fasa 3B yang dinaik taraf dan dibaik pulih sejak 2015 akan mula beroperasi pada Mac ini.

Bangunan itu menempatkan ruang pejabat, perpustakaan, gimnasium, bilik sauna, bilik bincang, bilik mesyuarat, kafeteria dan surau.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata kemudahan itu diharap dapat mengoptimumkan prestasi kerja petugas, selain meningkatkan tahap kehadiran ahli Parlimen untuk mengikuti sesi persidangan Dewan Rakyat serta kualiti perbahasan.

“Harapan kita dengan wujudnya ruang disediakan ini, ramai Yang Berhormat ada di Parlimen dengan lebih kerap dan sepenuh masa konsisten mengikuti persidangan.

“Kalau mereka nak lakukan riadah selepas hadiri persidangan, banyak tempat disediakan seperti gelanggang tenis, badminton malah bilik sauna juga disediakan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek berkenaan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here