Influenza: Hanya Sebuah Sekolah Dan Dua Kelas Ditutup

KULUMPUR –
Hanya sebuah sekolah di Perak dan dua buah kelas di sebuah sekolah di Pulau Pinang yang ditutup setakat semalam berikutan penularan wabak influenza.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak yang ditutup mulai 11 hingga 19 Jan dan dua buah kelas di SJKC Li Hwa, Pulau Pinang (ditutup mulai 7 hingga 19 Jan).“Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Selain itu KPM turut menerima peningkatan laporan kes wabak influenza daripada beberapa sekolah di negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan statistik rasmi tentang jumlah murid yang menghidap influenza hanya boleh disahkan dan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here