Tiga ahli ‘Kapten Praba’ dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Kuala Lumpur, Jam-

Tiga ahli ‘Kapten Praba’ akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Fuad Othman selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes berkenaan kerana berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tiga tertuduh terbabit ialah C. Navindren Raj, 38; S. Pratifkumar, 30 dan S. Sridharan, 30.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada ketiga-tiga tertuduh dalam bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Kapten Praba’ di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 September 2025.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh ditahan oleh pasukan keselamatan India di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj, Mumbai selepas bertindak agresif sebaik tiba di negara itu.

Mereka sebelum itu diusir dari United Kingdom (UK) selepas pihak imigresen di Lapangan Terbang Manchester menolak kemasukan susulan maklumat mengenai status sebagai penjenayah berprofil tinggi.

Mengikut protokol antarabangsa, individu yang ditolak masuk perlu dihantar semula ke lokasi terakhir berlepas, menyebabkan mereka terkandas di Mumbai sebelum ditahan pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here