KUALA LUMPUR –
Semua pihak diminta supaya berhenti mempolitikkan isu keluarga M Indira Gandhi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, banyak ‘pakar’ menjadi ‘jaguh’ di luar tanpa memikirkan kesan kepada anak pasangan berkenaan yang kini berusia 11 tahun.
“Di Malaysia ini orang mati juga dipolitikkan, sudah tidak ada sekatan agama, budaya. Semua benda hendak dipolitikkan. Di mana maruah kita? kita sedap bercakap tanpa memikirkan kesannya.
“Kita seronok cakap pasal isu ini, kita dapat manfaat politik, kita dapat dilihat jaguh agama, jaguh NGO. Tolong henti daripada pentingkan diri. Percayalah, saya ikhlas hendak bantu kes ini, maka jangan dipolitikkan,” katanya.