Bekalan air di 57 kawasan Gombak terjejas susulan paip pecah

Sebanyak 57 kawasan di Gombak, Selangor hari ini mengalami gangguan bekalan air sementara susulan kejadian paip pecah pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Kelang awal pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden pada pukul 5.15 pagi itu menyebabkan berlaku penurunan air ke paras 0.72 meter di Kolam Air Madonna berbanding paras normal 4 meter.

Susulan itu, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dengan menggerakkan 25 lori tangki air dan dua lori tangki jumbo bagi membantu pelanggan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada pengguna dan premis kritikal serta kecemasan termasuk hospital.

“Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip itu yang dijangka siap pukul 6.30 petang ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here