Perkhidmatan bas khas sempena Thaipusam

Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan dua perkhidmatan bas khas untuk kemudahan pengguna yang meraikan sambutan Thaipusan pada 7 dan 8 Feb ini di Batu Caves.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan selama dua hari itu menyediakan 20 buah bas untuk laluan dari Hab Bas Pasar Seni ke Batu Caves melalui Jalan Ipoh dan Jalan Kuching dengan kekerapan 15 hingga 20 minit

“Sementara dua bas lagi disediakan dari stesen LRT Gombak ke Batu Caves melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan kekerapan masing-masing 30 hingga 40 minit.

“Waktu perkhidmatan bagi dua perkhidmatan khas ini bermula dari jam 4.30 pagi hingga 11.59 malam pada 7 Feb dan 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 8 Feb,” menurut kenyataan itu.

Kadar tambang sehala yang dikenakan adalah RM3 bagi laluan dari Pasar Seni dan RM2 dari Stesen LRT Gombak dengan kaedah pembayaran adalah secara tunai atau kad Touch N’ Go.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here