Koronavirus: Tiada keperluan Selangor hentikan aktiviti dan program rakyat berskala besar

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini kerana kes jangkitan koronavirus khususnya di negeri berkenaan belum mencapai keperluan sehingga perlu menghentikan semua aktiviti dan program melibatkan orang awam.

Beliau berkata walaupun terdapat seorang rakyat Selangor dikesan positif koronavirus, namun ia disebabkan individu itu mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri beberapa delegasi antarabangsa termasuk dari negara China.

“Kita telah mengadakan mesyuarat tindakan khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai isu ini semalam. Belum ada saranan atau arahan untuk kita hentikan (program melibatkan orang awam) kerana KKM telah dapat mengawal penularan 2019-nCoV dengan berkesan.

“Bagaimanapun, rakyat perlu sentiasa mengambil langkah sewajarnya jika mengalami simptom seperti demam, batuk dan selsema dengan mendapatkan rawatan awal supaya kerajaan dapat mengawal (penularan) penyakit ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here