Skandal 1MDB: SPRM mohon waran tangkap terhadap Jho Low, dua pengarah PSI

KUALA LUMPUR –
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dua pengarah PetroSaudi International Limited (PSI), Patrick Andrew Marc Mahony dan Tarek Essam Ahmad Obaid berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM menfailkan permohonan waran tangkap itu di Mahkamah Majistret di sini semalam dan permohonan itu didaftarkan di hadapan Majistret S.Mageswary.

Dalam permohonan itu, SPRM  juga mendaftarkan pertuduhan terhadap Jho Low dan Tarek Obaid serta Patrick Mahony mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009, bagi tujuan mendapatkan waran tangkap terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan itu, Low Taek Jho, Tarek Obaid dan Patrick Mahony didakwa telah secara bersama-sama bersubahat terlibat dalam konspirasi jenayah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan balasan rasuah pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here