Ugut menteri : Penghantar surat didakwa

SUNGAI BESAR –

Akibat perbuatannya memuat naik ugutan berunsur jenayah terhadap

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, menerusi akaun Facebooknya pada Mac tahun lepas, seorang penghantar surat hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Sabak Bernam di sini.

Mohd Noor Izwan Mohd Ibrahim, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahmoodah V M Abdul Latiff.

Dia didakwa melakukan ugutan dengan memuat naik kandungan berunsur jenayah menggunakan akaun Facebook atas nama ‘Izwan Ibrahim’ kerana hendak mendatangkan kematian kepada Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada kira-kira 2.30 petang, 13 Mac 2019 dan ugutan tersebut dibaca pada 27 Mac tahun sama di sebuah rumah di Taman Aman Fasa 2, Sabak Bernam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan . Mahkamah membenarkan Mohd Noor Izwan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here