PUTRAJAYA –
Hanya pengawal keselamatan warganegara Nepal dibenarkan untuk bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan swasta yang berlesen ketika ini, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN berkata demikian dalam satu kenyataan susulan laporan media Pakistan baru-baru ini berhubung pengambilan sekitar 100,000 hingga 150,000 pengawal keselamatan dari negara itu untuk bekerja di Malaysia.
Menurut KDN, syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di negara ini digalakkan untuk mengutamakan penggunaan pengawal keselamatan tempatan.