Tiada bukti juruterbang MH370 dalam misi bunuh diri – KPN

Beliau berkata perkara itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya dengan mengambil pelbagai sudut siasatan berikutan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines itu.

“Selagi rangka kapal terbang berkenaan (MH370) tidak ditemui, punca sebenar kehilangan pesawat itu tidak boleh dimuktamadkan.

“Sehingga kini, kami masih tidak menemui sebarang rangka kapal terbang itu, apatah lagi menemui manusia yang menjadi penumpang pesawat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata beliau tidak mengetahui siapa pegawai tertinggi Malaysia yang dimaksudkan oleh Abbott dalam pendedahan yang dibuatnya menerusi program dokumentari antarabangsa.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here