Bantuan Awal Persekolahan RM150 setiap murid dibayar Januari 2024

Kuala Lumpur, Okt 16.

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing.

Bayaran secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara. Sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid, duit itu akan disalutkan ke sekolah masing-masing . Kementerian Pendidikan berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

“Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here