Bekas Yang di-Pertua Sabah Sakaran Dandai meninggal dunia kerana Covid-19

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sakaran Dandai meninggal dunia pada jam 6 pagi tadi menurut anak ketiganya, Nasir Sakaran yang mengesahkan berita pemergian ayahnya itu. Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini. Pihak hospital baharu sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi, katanya menurut laporan Berita Harian.

Nasir berkata, jenazah bapanya akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan. Terdahulu,  melaporkan bekas Yang di-Pertua Sabah itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Sabah selepas dijangkiti Covid-19. Anaknya Nasir berkata, Sakaran dimasukkan ke Hospital Gleneagles pada Rabu minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here