KUALA LUMPUR –
Tiada laporan atau kajian berasas yang mengesahkan bahawa hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan sekiranya wabak COVID-19 berterusan sehingga hujung tahun ini.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Alice Lau Kiong Yieng berkata isu itu tidak timbul memandangkan Malaysia sudah bersiapsiaga dan mempunyai keupayaan dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan COVID-19.
“Tiada isu hilang pekerjaan. Majikan perlu ambil inisiatif menyalurkan maklumat tepat kepada pekerja mengenai COVID-19 agar pekerja tidak panik.