F1 luluskan penerimaan peraturan baharu kelayakan

Formula Satu (F1) telah sebulat suara meluluskan penerimaan peraturan baharu kelayakan ‘memecut’ di tiga Grand Prix musim ini, umum penganjur kelmarin.

Kelayakan memecut sejauh 100 kilometer itu akan menentukan grid GP dan menghadiahkan pelumba tiga markah teratas kejohanan, kata F1 dalam sebuah kenyataan.

Mereka mengatakan sesi pecut itu, yang mana “direka untuk menambah aksi di litar”, akan dilangsungkan dalam dua perlumbaan Eropah dan satu lagi di luar Eropah.

“Saya berbesar hati bahawa semua kumpulan menyokong pelan ini, dan ia merupakan ikhtiar untuk menyatukan usaha kami untuk terus mendekati penyokong menggunakan cara baharu,” kata ketua pengarah eksekutif F1 Stefano Domenicali.

Format perlumbaan pada hujung minggu yang menampilkan kelayakan pecut itu akan diubah sedikit, dengan sesi kelayakan biasa berdasarkan pusingan tunggal terpantas selepas tiga latihan bebas pada Jumaat lalu. Sesi itu akan menentukan kedudukan grid untuk kelayakan pecut pada Sabtu ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here