KUALA LUMPUR –
Dua lagi lelaki dilepas dan dibebaskan oleh dua Mahkamah Tinggi berasingan di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ini menjadikan kesemua 12 lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan sama dibebaskan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad dan Muhammad Asyraf Minhad memaklumkan pihak mereka mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya tidak meneruskan prosiding terhadap B. Subramaniam, 58, dan S. Thanagaraj, 27.