Sidang Dewan Rakyat khas 2 Mac untuk pilih PM baharu – Dr Mahathir

Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.

”Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen khas 2 Mac ini gagal mencapai majoriti sewajarnya untuk memilih PM,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan di  Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here