Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera ditutup tujuh hari bermula 18 Jun

Menurut kenyataan Perbadanan Bukit Bendera (PHC), perkhidmatan kereta api itu akan beroperasi semula selepas penyelenggaraan tahunan selesai pada 25 Jun.

“PHC melaksanakan kerja penyelenggaraan berjadual sebanyak dua kali setahun di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular iaitu Garaventa AG daripada Switzerland untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi pemeriksaan syarat keselamatan yang ketat.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip dikendalikan oleh syarikat persendirian dari  Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here