Kuala Lumpur, Sep-
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan berkuatkuasa 1 Oktober ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).
“Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.
“Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik,”kata KKM dalam satu hantaran di X malam tadi.Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata KKM akta terbabit masih menunggu untuk dimuktamad dan diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam antara lain memperuntukkan larangan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau serta penyediaan sebarang perkhidmatan merokok kepada kanak-kanak bawah umur.























