Winner Dynasty Group menyumbang 10, 000 topeng muka, barangan makanan kepada Hospital Selayang

SELAYANG: Syarikat Winner Dynasty Group yang sering membantu rakyat, telah memberi sumbangan kepada Hospital Selayang. Mereka telah menyumbang 10,000 topeng muka dan barang keperluan makanan kepada hospital tersebut yang sedang merawat pesakit Covid-19.

Pengarah syarikat ini, Datuk Seri Liow Soon Hee telah  memberi sumbangan ini kepada Pengarah Hospital Selayang , Doktor Sakinah Alwi.

“Dalam keadaan yang agak rumit, pemakaian topeng muka oleh rakyat amat penting tetapi berlaku kekurangan dalam penawaran topeng muka di negara”, katanya semasa bercakap dengan wartawan.

Mengikut permintaan daripada Hospital Selayang, kami telah memberi sumbangan ini kepada mereka. Bukan sahaja topeng muka, kami juga telah memberikan barangan keperluan penting seperti Air Mineral dan Maggi, tambah beliau.

Beliau berharap orang ramai akan saling membantu satu sama lain pada masa ini.

Doktor Sakinah berkata sumbangan daripada syarikat ini sangat membantu pegawai perubatan terutamanya pemberian topeng muka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here