Mayat berbalut selimut temui di longkang

Mayat berbalut selimut ditemui di dalam longkang dipercayai dibunuh di Seri Kembangan, Selangor pagi tadi.

Kejadian dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan sekolah sebaik ternampak bungkusan mayat di dalam longkang kira kira jam 11 pagi tadi.

Panik dengan penemuan itu, polis dihubungi.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata simati dipercayai gelandangan kali terakhir berada di sekitar kawasan terbabit semalam.

Simati berusia awal 40  berasal dari Sabah mengalami kecederaan parah dikepala. Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai dibunuh kurang dari 24 jam.

Memandangkan dalam tempoh PKPB, pengurusan mayat perlu mengikut prosedur dengan kelengkapan pakaian PPE dan diuruskan oleh KKM serta forensik.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here