Pembelianan beras tempatan agak kelam kabut – Mat Sabu akui

Bentong, Oct 02.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendapati kekurangan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran negara berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video yang menyebarkan berita palsu bahawa bekalan beras jenis itu bakal kehabisan. Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata situasi berkenaan mendorong pengguna ‘menyerbu’ pasar raya mahupun kedai runcit untuk membeli beras tempatan lebih banyak daripada biasa.

Selain itu, kementerian juga mengesan trend pengguna yang terpaksa beralih daripada membeli beras putih import kepada beras tempatan, ekoran berlaku kenaikan harga mendadak disebabkan tindakan India menghentikan eksport bahan mentah itu.

Pengguna yang kebiasaannya membeli beras import yang sebelum ini dijual pada harga RM32 hingga RM34 bagi setiap kilogram kerana menganggap harga itu berpatutan, beliau berkata setelah harga ‘melambung’ sehingga mencecah RM37 dan RM40 membuatkan kumpulan itu terpaksa menukar ‘cita rasa’ dengan membeli beras tempatan yang harganya lebih murah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here