Beberapa laporan terhadap Guan Eng, Tommy Thomas dibuat hari ini

Beberapa laporan akan dibuat hari ini di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Laporan itu berkaitan dakwaaan Guan Eng telah meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Antara yang akan membuat laporan tersebut adalah Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) yang dijangka hadir di pejabat SPRM Selangor dan Armada Selangor di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Satu lagi laporan akan dibuat Kordinator Pemuda Negara, Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan juga di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pukul 11.30 pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here