Tiga lelaki ditahan ceroboh hutan simpan

Perhutanan Negeri Perak menahan tiga lelaki selepas didapati menceroboh Hutan Simpan  dalam dua pemeriksaan berasingan di Tapah dan Kuala Kangsar semalam.

Kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit masuk hutan yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Dalam satu kenyataan kepada media, Pejabat Hutan Daerah Tapah pada Khamis lalu telah menerima aduan berkaitan pencerobohan tanah di kompartmen 137 Hutan Simpan Bukit Tapah.

Menurutnya, semakan dan risikan yang digerakkan pasukan penguatkuasaan telah menahan dua lelaki di kawasan kompartmen berkenaan.

Lanjutan dari itu, pasukan penguat kuasa telah merampas dan menyita satu kenderaan pacuan empat roda yang telah digunakan oleh kedua-dua suspek.

“Mereka kemudiannya ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here