Perak dilanda banjir teruk

Kuala Lumpur, Okt-
Situasi banjir di Perak semakin buruk dengan 2,171 daripada 759 keluarga telah dipindahkan ke 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, 19 PPS di daerah Larut, Matang dan Selama di Taiping kini menempatkan 1,784 penduduk.

Tiga PPS di daerah Manjung pula menempatkan 387 penduduk.Hujan lebat berterusan sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di kedua-dua daerah itu dilanda banjir kilat.

Tiga sungai dilaporkan berada pada paras bahaya iaitu Kolam Bukit Merah, Sungai Kampar dan Sungai Slim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here