Kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini melonjak kepada lapan juta pada Isnin, mencecah 8,003,021, menurut data Johns Hopkins University.
Agensi berita Xinhua melaporkan sejumlah 435,619 penduduk di seluruh dunia maut akibat penyakit itu.
Amerika Syarikat (AS) negara paling teruk diancam, menyaksikan 2,110,791 kes dan seramai 116,090 orang meninggal dunia.
Brazil, Rusia, India, Britain, Sepanyol, Itali dan Peru pula mencatatkan lebih 200,000 kes.