Pramugari Dilapor Maut, Disyaki Dirogol

Seorang pramugari berusia 23 tahun ditemui meninggal dunia selepas menghadiri sebuah parti tahun baru di bandar Makati, Filipina.

Menurut Mothership SG, mangsa yang dipercayai diperkosa telah menyertai parti berkenaan bersama tiga rakan sekerjanya sebelum wanita itu ditemui pucat di dalam tab mandi keesokan harinya.

Kongsi salah seorang rakan mangsa, dia telah bangun pada 10 pagi dan melihat wanita itu ‘tidur’ di dalam tab mandi. Dia kemudiannya menyelimuti wanita itu sebelum kembali tidur.

Sebaik sahaja bangun semula, lelaki itu dilaporkan mendapati mangsa masih dalam tab berkenaan dan telah bertukar menjadi ‘biru’.

Tiga rakannya dan staf hotel telah bergegas  menghantar mangsa ke klinik namun mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Berdasarkan laporan media, pada 4 Januari lalu, satu dakwaan rogol telah difailkan ke atas kesemua 11 lelaki yang menghadiri parti berkenaan.

Namun, hanya tiga daripadanya tampil memberi kerjasama iaitu rakan-rakan mangsa sendiri di mana suspek lain dilaporkan menghilangkan diri.

Mangsa dikatakan hanya mengenali tiga lelaki tersebut ketika menghadiri parti berkenaan.

Kes disiasat sebagai kes rogol dan bunuh selepas siasatan awal mendapati terdapat koyakan dan kesan sperma dalam kemaluan wanita itu di samping lebam serta calar pada tangan dan kaki mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here