Remaja Maut Dibelit Ular Sawa

Seorang remaja di Kabupaten, Sulawesi Tenggara maut selepas dibelit ular sepanjang tujuh meter.

kejadian itu berlaku ketika mangsa, Alfian, 16, sedang bercuti dengan rakannya di kawasan air terjun Pergunungan Kahar, Kelurahan Kasipute, Kecamatan Rumbia.

Ketika itu, mangsa dilaporkan terpisah dengan rakannya sejauh 10 meter.

“Setibanya di tempat kejadiaan, mereka melihat mangsa dalam keadaan dibelit ular pada bahagian leher manakala kepala reptilia itu menggigit pahanya.

“Melihat keadaan mangsa, rakannya cuba membantu dengan memukul ular berkenaan tetap haiwan itu menyerang semula mereka,” kata Ketua Polis Rumbia, Inspektor Muh Nur Sultan

Menurut Muh, rakan mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat.

Sekumpulan penduduk datang sebelum membunuh ular sepanjang tujuh meter itu dengan parang.

Mangsa terlepas daripada belitan ular namun, gagal diselamatkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here