Selangor diramal alami cuaca tidak menentu sepanjang minggu

Cuaca hujan dan panas di Selangor diramalkan tidak menentu mulai hari ini hingga 28 Jun, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Mengikut data agensi, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor dijangka hujan hari ini hingga Khamis (25 Jun), namun panas keesokannya sehingga Ahad.

Sementara Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diramal hujan hari ini sehingga Rabu (24 Jun) dan panas esoknya sehingga Ahad.

Kuala Langat dan Sepang pula berkemungkinan mengalami cuaca tidak menentu kerana hujan dan panas berlaku selang sehari.

Maklumat terbaharu mengenai cuaca semasa di negeri ini boleh didapati dengan melayari
www.met.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here