MB rasmi pejabat ahli majlis zon 5 MPAJ, urusan dipermudah

Dato’ Menteri Besar merasmikan Pejabat Ahli Majlis Zon 5 dan Pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon 5 di Dewan Komuniti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Bukit Antarabangsa, semalam.

Pejabat berkenaan akan menjadi lokasi pertemuan di antara ahli majlis dan penduduk bagi memudahkan mereka menyelesaikan isu dikemukakan.

“Saya turut mendengar aduan serta cadangan dari mereka (pertemuan dengan penduduk) bagi penambahbaikan infrastruktur di kawasan berkenaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis MPAJ, Suzana Shaharudin berkata pejabat berkenaan dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Dewan itu juga akan menempatkan Pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon 5 (JKP Zon 5) MPAJ selain menjalankan program, seminar dan bengkel termasuk mesyuarat bersama persatuan penduduk serta agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here