Saya harap Tun Mahathir turun berkempen di Chini, tetapi tidak – Najib

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini.

Jelasnya, sebagai tuan rumah, beliau sentiasa bersedia untuk menerima kehadiran bekas Perdana Menteri ke-7 itu untuk turun berkempen secara fizikal bersama calon Bebas.

“Dia (Mahathir) sudah kempen dulu di Cameron Highlands pun dia turun bukan sahaja video tetapi dia turun di Cameron Highlands dan kita tahu majoriti Barisan Nasional (BN) di situ meningkat meskipun Tun Mahathir sendiri turun.

“Kali ini dia tidak turun, kita harap dia turun tapi tidak cuma muatkan video dia sahaja untuk sokong calon Bebas. Tetapi dia (Mahathir) tidak bagi sebab mengapa patut sokong calon Bebas, kalau ucapan macam itu tidak beri keyakinan kepada pengundi di Chini ini sebab kawasan ini mereka sebati dengan BN,” katanya.

Malah ujarnya, penduduk di sekitar kawasan DUN itu sedar akan kemajuan yang telah dibawa oleh BN sebelum ini.
“Dalam konteks masyarakat kita, mereka faham calon Bebas ini tidak boleh membawa apa-apa kesan kepada kehidupan mereka dan tidak membawa apa-apa erti.
“Sebab kalau kita (rakyat) undi calon Bebas, undi kita tidak boleh memberi apa pulangan kepada kita,” jelas Najib ketika ditemui dalam program calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain bersama masyarakat orang asli di Kampung Tasik Mentiga di Chini pada Khamis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here