Pengguna Nikmati Diskaun Tambahan Pas MyCity Mulai hari ini –Prasarana

Pengguna semua perkhidmatan rel dan BRT Rapid KL dapat menikmati diskaun tambahan pas MyCity yang boleh didapati dengan harga RM5 untuk sehari dan RM15 untuk tiga hari, bermula hari ini(1 Julai) hingga 31 Dis depan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Muhammad Nizam Alias berkata pas MyCity itu boleh didapati di semua 122 stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

“Rangkaian rel dan BRT Rapid KL bersepadu kami yang strategik, akan memberi anda peluang menikmati perjalanan tanpa had secara meluas di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Kami berharap agar inisiatif ini dapat menyemarakkan aktiviti ekonomi dan perniagaan, khususnya di Lembah Klang dan Selangor selain dapat membantu menjana semula sektor pelancongan domestik yang terkesan daripada wabak COVID-19 sejak Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pas MyCity daripada kakitangan Rapid KL di stesen rel atau BRT. Mereka juga boleh melayari media sosial Rapid KL atau laman web: www.myrapid.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here