India lulus percubaan kedua vaksin Covid-19

2BEHRJJ (200414) -- BEIJING, April 14, 2020 (Xinhua) -- A staff member displays samples of the COVID-19 inactivated vaccine at Sinovac Biotech Ltd., in Beijing, capital of China, March 16, 2020. China has approved two COVID-19 inactivated vaccine candidates for clinical trials, according to the State Council joint prevention and control mechanism against the coronavirus Tuesday. The two vaccine candidates are developed by Wuhan Institute of Biological Products under the China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) and Sinovac Research and Development Co., Ltd, a company based in Beijing. Clinical

BENGALURU: Zydus dilaporkan mendapat kelulusan daripada pengawal selia India untuk memulakan kajian ke atas manusia untuk pesaing vaksin Covid-19. Mengutip Reuters, potensi vaksin itu menunjukkan ‘tindak balas imun yang kuat’ menerusi kajian ke atas haiwan dan antibodi yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan Cadila Healthcare Ltd yang juga terlibat dalam sebahagian projek Zydus, ia dilihat dapat meneutralkan virus jenis liar dengan sepenuhnya. Kelulusan India ke atas Zydus muncul beberapa hari selepas Bharat Biotech mendapat lampu hijau serupa untuk menjalankan kajian tersebut ke atas manusia.

Dilaporkan Zydus memulakan ujian ke atas manusia bermula pada bulan ini terhadap 1,000 subjek di beberapa kawasan India, kata kenyataan itu.

Syarikat itu juga bercadang meningkatkan kapasiti pengeluarannya untuk pesaing vaksin untuk memenuhi permintaan India dan global, tambahnya.

Tiada kebimbangan terhadap masalah keselamatan calon vaksin dalam kajian toksikologi dos berulang, menurut Zydus.

Dalam ujian yang dilakukan ke atas arnab, hingga tiga kali ganda dos manusia diberikan bermaksud ia selamat, bertoleransi dengan baik dan masih dalam kitaran imunogenik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here