Lelaki pakai pelitup muka emas bernilai RM16,500

 

Seorang ahli perniagaan dari Pimpri-Chinchwad mendapat perhatian ramai apabila beliau memakai pelitup muka emas bernilai Rs 2.89 lakh (AS$3,878.15 atau RM16,500).

Seluruh dunia sedia maklum pelitup muka perlukan sebagai salah satu cara mengelak dijangkiti Covid-19.

Sejak wabak Covid1-19 tercetus, pelbagai jenis pelitup muka digunakan, namun pelitup muka Shankar Kurade menjadi perhatian ramai kerana ia diperbuat daripada emas.

Pelitup muka tersebut agak nipis dan mempunyai lubang kecil membolehkan penggunanya bernafas selesa.

Walaupun sanggup menghabiskan wang banyak untuk membeli pelitup muka tersebut, namun Shankar secara jujurnya memberitahu dia tidak begitu yakin dengan keberkesanan topeng itu mampu melindunginya daripada Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here