Kerjasama Kerajaan-Rakyat jadikan Malaysia AMAT BERJAYA tangani wabak Covid-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia mengawal dan menguruskan pandemik Covid-19.

Muhyiddin berkata usaha bersungguh-sungguh di peringkat kerajaan serta rakyat menguruskan secara bijaksana serta membuat keputusan tepat dan cepat memutuskan rantaian wabak merebak dalam kalangan masyarakat.

Berucap pada perjumpaan bersama sekitar 250 warga Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun, tetapi kerajaan tidak memandang remeh isu tersebut demi kesejahteraan rakyat

Beliau berkata, Malaysia kini sudah sampai ke peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberi banyak ruang memulakan semula kehidupan seperti biasa dan fasa ini juga cukup mencabar.

Muhyiddin menyifatkan meskipun vaksin covid-19 belum ditemui, tetapi negara telah mengambil langkah ke hadapan lebih awal berbanding negara-negara lain.

Muhyiddin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam serta petugas barisan hadapan atas usaha menangani Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here