“Siapakah Mereka?”, Najib Dedah, Dakwa 3 Admin Fb 101 East Al-Jazeera Dari Malaysia

Malaysia kini sedang hangat dengan isu agensi berita antarabangsa, Aljazeera yang didakwa membuat tuduhan buruk ke atas Malaysia menerusi sebuah dokumentari.

Dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown yang disiarkan di Youtube baru-baru ini telah mencetus kontroversi apabila isi kandungannya menceritakan tentang pelbagai layanan buruk diberikan kerajaan terhadap warga migran dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Lebih panas lagi, seorang lelaki warganegara Bangladesh yang ditemubual wartawan berita berkenaan turut menuduh kerajaan berlaku zalim ke atas mereka.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar Aljazeera menyenaraikan negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing selain menuntut permohonan maaf.

  Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka kertas siasatan bagi kes tuduhan tersebut, selain individu warga Bangladesh, Rayhan Kabir pula telah diburu pihak Jabatan Imigresen hari ini.

Terbaharu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pula mendakwa, halaman Facebook 101 East – Al Jazeera yang dicipta sejak 3 Mei 2010 itu diuruskan oleh sembilan (9) pentadbir (admin).

Kesemuanya adalah empat (4) dari Qatar, satu (1) Jerman, satu (1) Amerika Syarikat dan tiga (3) dari Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here