Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor babit Kluster kapal Hyde Park

Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor semalam membabitkan kes import dari Kluster Hyde Park.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) pertambahan itu menjadikan jumlah kes di negeri ini sebanyak 2,112 termasuk 14 pesakit sedang dirawat dan 185 kes import.

“Jumlah kematian 24 dan keseluruhan pesakit sembuh ialah 1,889,” maklum BGNS.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park dan pesakit bawah pemantauan (PUI) Melbourne di Sarawak.

Sehingga semalam, jumlah kluster aktif ialah 19 dengan 13 daripadanya diumum dalam tempoh 10 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here