Md Rayhan Kabir akan disenarai hitam

Lelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam, akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan warganegara Bangladesh yang dikehendaki itu telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya pada hari Jumaat, 24 Julai 2020 jam 5.45 petang, di Setapak Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah HIM Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, ‘kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan yang dijalankan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.

Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya.

Lelaki terbabit sebelum ini membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here