Shafie umum dun SABAH dibubar

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, dalam sidang media khas di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pagi ini.

Shafie berkata, pembubaran itu telah dipersetujui Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya telah berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju,” katanya.

Pilihan raya negeri yang akan ditentukan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini melibatkan 73 kerusi DUN berbanding 60 kerusi pada 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here