COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 17.42 juta

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.42 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.5 juta kes positif.

Ia diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.6 juta dan India, 1.6 juta.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 838,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru, Chile dan United Kingdom pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

10 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Iran, Pakistan, Sepanyol, Arab Saudi, Colombia, Itali, Turki, Bangladesh, Perancis dan Jerman.

Lima negara pula merekodkan angka jangkitan melebihi 100,000 iaitu Argentina, Kanada, Iraq, Qatar dan Indonesia.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here