Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini

Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam.

Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut.

Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium nitrat.

Tambah laporan itu lagi, askar-askar sudah mengepung kawasan tersebut yang kini sudah dipenuhi kaca serta batu-batu runtuhan bangunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here