Tiga lelaki terdampar di pulau

Tiga lelaki diselamatkan dari sebuah pulau terpencil di lautan pasifik selepas memberi isyarat kecemasan SOS pada pasir pantai yang menarik perhatian pesawat tentera Australia dan Amerika Syarikat.

Mereka hilang selama tiga hari apabila kapal yang dinaiki kehabisan bahan bakar mengakibatkan tersesat jauh dari lokasi asal, lapor AP.

Pihak berkuasa dan anggota penyelamat memulakan pencarian Sabtu lalu.

Tiga lelaki berkenaan sepatutnya perlu menyelesaikan perjalanan sejauh 42 kilometer (km) dari Pulawat ke Pulau Pulap namun kapal mereka berhenti di Pulau Pikelot, hampir 200 km sebelah barat tempat mereka bertolak.

Setelah isyarat kecemasan SOS dilihat dari udara, sebuah helikopter Australia mendarat di pulau kecil itu dan memberi mereka makanan dan minuman.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun ditemui dalam keadaan baik.

Helikopter dari Canberra itu dalam perjalanan ke Hawai untuk latihan tentera laut namun diarahkan membantu misi pencarian tersebut.

“Saya bangga dengan respons dan sikap profesional anggota ketika diarah membantu menyelamat mangsa,” kata pegawai komando Canberra, Kapten Terry Morrison dalam satu kenyataan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here