Kluster baharu dikesan babit kru kapal Pelabuhan Port Dickson

SHAH ALAM, 31 OGOS: Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu terpencil iaitu kluster Bunga membabitkan kru kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kapal berkenaan mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.

“Seramai 34 kru kapal disaring pada 28 Ogos lalu bagi tujuan sign-in dan sign-off kapal, dari jumlah itu, empat dikesan positif, enam negatif dan 24 masih lagi menunggu keputusan.

“Kes positif melibatkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara. Keempat-empat kes positif ini tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mangsa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan tidak membawa risiko penularan tempatan kerana mereka merupakan kluster import.

Jelasnya, punca jangkitan masih dalam siasatan, namun langkah pencegahan seperti nyahkuman dan nyahcemar sudah dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here