Tamrin mulakan proses saman Zuraida Kamaruddin

Mohd Tamrin Tun Ghafar telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan isu projek ‘rundingan terus’.

Ia susulan dakwaan Menteri terbabit bahawa Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Mohd Tamrin yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH), telah bertemu sendiri bagi pihak mereka dengan Menteri Kewangan pada 26 November 2018.

Bagaimanapun Mohd Tamrin mendakwa, projek tersebut telah diberi secara runding terus oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tahun 2017 di mana Menteri KPKT ketika itu ialah Tan Sri Noh Omar.

“Bagi menyelamatkan wang negara, dasar kerajaan PH telah digubal ketika itu iaitu semua projek yang diberi secara runding terus oleh kerajaan BN di turunkan atau dikurangkan harga sebanyak 10 peratus dari harga asal

“Perkara-perkara lain akan dikemukakan semasa perbicaraan di Mahkamah nanti.

“Surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) KPKT bertarikh 9 September 2020 yang telah disahkan penerimaannya, (akan) disertakan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam

Terdahulu, Zuraida mendakwa dua projek di bawah Kementerian itu dibuat secara rundingan terus melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Projek yang dimaksudkan ialah sisa pepejal Taman Beringin bernilai kira-kira RM170,294,400 juta dan projek Sistem Perisian Perakaunan Century bernilai RM501,206.37.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here