Arab Saudi mula longgarkan sekatan

Arab Saudi menarik balik separuh penangguhannya terhadap penerbangan antarabangsa hari ini, menurut kementerian dalam negeri kelmarin, enam bulan selepas sekatan perjalanan telah dilaksanakan disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Kerajaan itu akan menamatkan semua sekatan terhadap pengangkutan udara, darat dan laut bagi rakyat Arab selepas 1 Januari tahun depan, tambah pihak kementerian, sambil menambah bahawa tarikh sebenar akan diumumkan pada Disember.

Rakyat Teluk dan bukan rakyat Arab dengan permit atau visa penduduk yang sah akan dibenarkan untuk memasuki negara bermula hari ini dengan syarat mereka tidak dijangkiti virus, menurut pihak kementerian dalam satu kenyataan yang disiarkan media rasmi Saudi Press Agency (SPA).

Penduduk dalam kategori yang dikecualikan termasuk kakitangan tentera dan kerajaan Arab, pekerja kedutaan, pelajar dan orang yang memerlukan rawatan perubatan, akan turut dibenarkan untuk masuk dan keluar dari negara ini bermula hari ini.

Arab Saudi telah menangguhkan penerbangan antarabangsa pada Mac, menyebabkan ramai rakyat dan penduduk yang terkandas di luar negara.

Pihak kementerian menambah bahawa Arab Saudi akan mengumumkan rancangan bagi kebenaran secara berperingkat orang ramai untuk menunaikan umrah.

Arab Saudi menangguhkan umrah bagi tahun ini pada Mac akibat kebimbangan pandemik koronavirus yang merebak ke bandar-bandar paling suci bagi umat Islam.

Kerajaan turut menganjurkan haji yang dikurangkan skalanya pada lewat Julai, dengan hanya 10,000 penganut menunaikan haji, jauh kurang daripada 2.5 juta orang yang terlibat pada tahun lepas.

Kerajaan cuba untuk mengawal peningkatan jangkitan, yang kini meningkat kepada lebih 325,000 kes, paling tinggi di Teluk, dan lebih 4,200 kematian.

Namun Arab Saudi turut melaporkan kadar tinggi penyembuhan, melebihi 302,000, pada Ahad lepas.

Pada Jun, kerajaan bertindak untuk menamatkan perintah berkurung koronavirus di sekitar negara dan menarik balik sekatan perniagaan, termasuk panggung wayang dan tempat hiburan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here