Penyokong Najib juga kata kerajaan Muhyiddin tumbang

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang, penyokong Datuk Seri Najib Razak dalam Umno juga berkata perkara yang sama bahawa sekarang tidak ada lagi kerajaan yang sah selepas kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Datuk Lokman Noor Adam menerusi facebook live beliau berkata, hari ini tidak ada lagi kerajaan PN dan tidak ada kerajaan baharu atau pembubaran Parlimen kerana Yang Dipertuan Agong berada di Institut Jantung Negara (IJN).

“Ini kerana baginda belum menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap,” kata beliau malam tadi.

Oleh itu, katanya, jika rakyat negeri Sabah mahu mengundi parti yang juga kerajaan Persekutuan agar sama dengan kerajaan negeri, rakyat Sabah tidak boleh terikat begitu sekarang kerana kerajaan Persekutuan yang ada telah jatuh.

Bagi Lokman, Parlimen bila-bila masa sahaja boleh dibubarkan sekarang untuk memberikan laluan kepada pilihan raya umum.

Menurut beliau, apabila Yang Dipertuan Agong memanggil Anwar untuk menghadap, baginda akan meminta Anwar membawa bukti sokongan kepada beliau.

“Ketika itu, Ahli Parlimen Umno akan berkata mereka mahu Parlimen dibubarkan,” kata Lokman.

Sebelum ini, Anwar dikatakan mendapat majoriti dengan sokongan dari sebahagian MP Umno dan ia disahkan kemudiannya oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun begitu, bagi Lokman, MP Umno akan meminta Yang Dipertuan Agong agar Parlimen di bubarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here